Dasar Privasi

Kemaskini Terakhir: April 10, 2021

Dasar Privasi ini menerangkan dasar-dasar dan prosedur-prosedur Kami mengenai pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat Anda apabila Anda menggunakan Perkhidmatan Kami dan menjelaskan kepada Anda hak-hak privasi Anda.

Dengan memaparkan dasar ini di laman web Kami, Kami menganggap bahawa setiap pelawat dan/atau pelanggan telah dimaklumkan dengan sewajarnya mengenai dasar ini.

Apabila Anda meminta Kami membekalkan produk dan perkhidmatan Kami atau melayari Laman Web Kami, Anda bersetuju dan memberikan persetujuan kepada pengumpulan, penggunaan dan pemprosesan maklumat Anda berdasarkan Dasar Privasi ini.

Dasar ini disediakan dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan atau percanggahan antara kedua-dua versi ini, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

Tafsiran dan Takrif

Tafsiran

Perkataan yang huruf pertamanya ditulis dengan huruf besar mempunyai definisi yang ditakrifkan di bawah. Perkataan tersebut mempunyai definisi yang sama tanpa mengira bahawa perkataan tersebut muncul sebagai kata tunggal ataupun kata majmuk.

Takrif

Bagi tujuan Dasar Privasi ini:

Akaun ertinya suatu akaun unik yang dicipta untuk Anda mengakses atau menggunakan Perkhidmatan Kami atau sebahagian Perhidmatan Kami.

Affiliate ertinya sesuatu entiti yang mengawal, di bawah kawalan atau di bawah kawalan bersama, di mana “kawalan” merujuk kepada pemilikan sebanyak 50% atau lebih saham, kepentingan ekuiti atau sekuriti lain dengan hak mengundi dalam pemilihan pengarah atau pihak berkuasa mengurus yang lain.

Syarikat Kami juga dikenali sebagai “Kami” dalam dasar ini) merujuk kepada Bright Nexus (M) Sdn. Bhd.

Cookies ertinya fail kecil yang diletakkan oleh sesuatu laman web dalam computer, telefon bimbit atau apa-apa peranti lain Anda yang mengandungi sejarah pelayaran Anda di laman web tersebut.

Peranti ertinya sebarang peranti yang boleh mengakses Perkhidmatan Kami, termasuklah komputer, telefon bimbit atau tablet digital.

PDPA ertinya Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan sebarang pindaan akta berkenaan.

Data Peribadi ertinya apa-apa maklumat yang berhubungan dengan seorang individu yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti.

Pembekal Perkhidmatan ertinya individu atau syarikat yang memproses data bagi pihak Syarikat Kami. Ini merujuk kepada pihak ketiga termasuklah syarikat atau individu yang dipekerjakan oleh, dilantik oleh atau berkerjasama dengan Syarikat Kami untuk memudahkan Perkhidmatan, untuk menyediakan Perkhidmatan bagi pihak Syarikat Kami, untuk memberi perkhidmatan berhubungan dengan Perkhidmatan, untuk mempromosikan atau mengiklankan Perkhidmatan Kami atau untuk membantu Syarikat Kami dalam menganalisis penggunaan Perkhidmatan.

Perkhidmatan ertinya pembekalan produk dan/atau perkhidmatan yang Anda minta dan pemberian akses kepada Laman Web Kami kepada Anda.

Data Penggunaan ertinya data yang dikumpulkan secara automatik yang dihasilkan oleh penggunaan Perkhidmatan atau dari infrastruktur Perkhidmatan (sebagai contoh, tempoh lawatan halaman Laman Web).

Laman Web ertinya laman web Bright Nexus Corporate yang boleh dilayari di www.brightnexus.com

Anda ertinya individu yang mengakses atau menggunakan Perkhidmatan, atau syarikat, atau entiti lain sekiranya individu tersebut mengakses atau menggunakan Perkhidmatan bagi pihak syarikat atau entiti tersebut.

Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat Peribadi Anda

Jenis Data yang Dikumpul
Data Peribadi

Apabila Anda menggunakan Perkhidmatan Kami, Kami akan meminta maklumat peribadi tertentu yang boleh digunakan untuk menghubungi Anda atau mengenal pasti identiti Anda. Maklumat peribadi ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, alamat e-mel, nama, nombor telefon dan Data Penggunaan.

Data Penggunaan

Data Penggunaan akan dikumpul secara automatik apabila Anda menggunakan Perkhidmatan.

Data Penggunaan termasuklah maklumat seperti alamat Protokol Internet (iaitu alamat IP) peranti Anda, jenis pelayar, versi pelayar, halaman Laman Web yang Anda layari, masa dan tarikh layaran Anda, tempoh masa layaran, pengecam peranti unik dan data diagnostik yang lain.

Apabila Anda mengakses Laman Web Kami melalui suatu peranti mudah alih, Kami akan mengumpul maklumat tertentu secara automatik, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jenis peranti mudah alih yang Anda gunakan, ID khas peranti mudah alih Anda, alamat IP peranti mudah alih Anda, sistem operasi peranti Anda, jenis pelayar yang Anda gunakan, pengecam peranti unik dan data diagnostik yang lain.

Kami juga mungkin mengumpul maklumat yang dihantarkan oleh pelayar Anda apabila Anda menggunakan Laman Web Kami atau mengakses Laman Web Kami melalui suatu peranti mudah alih.

Teknologi Penjejakan dan Cookies

Kami menggunakan Cookies dan teknologi penjejakan yang serupa untuk menjejak aktiviti di Laman Web Kami dan menyimpan maklumat tertentu. Teknologi penjejakan yang digunakan adalah beacon, tags dan scipts untuk mengumpul dan menjejak maklumat serta menambah baik dan menganalisis Laman Web Kami.

Anda boleh menetapkan pelayar Anda untuk menolak semua Cookie atau menunjukkan kepada Anda apabila Cookie telah ditetapkan. Namun begitu, jika Anda memilih untuk menolak Cookie, Anda mungkin tidak dapat menggunakan sesetengah Perkhidmatan Kami.

Penggunaan Data Peribadi Anda

TSyarikat Kami akan mengguna dan memproses Data Peribadi Anda bagi tujuan berikut:

  • Untuk membekal dan mengekalkan Perkhidmatan Kami, termasuk untuk memantau penggunaan Perkhidmatan Kami.
  • Untuk mengurus Akaun Anda: untuk mengurus pendaftaran Anda sebagai pengguna Perkhidmatan. Data Peribadi yang dibekalkan akan memberikan kepada Anda akses kepada fungsi yang berbeza dalam penggunaan Perkhidmatan yang tersedia untuk Anda sebagai pengguna berdaftar.
  • Untuk menghubungi/ berkomunikasi dengan Anda: untuk menghubungi/ berkomunikasi dengan Anda melalui e-mel, panggilan telefon, SMS, atau bentuk komunikasi elektronik yang lain, seperti pemberitahuan push (push notifications) dari aplikasi mudah alih mengenai kemas kini atau maklumat yang berkaitan dengan fungsi, produk dan perkhidmatan termasuklah kemas kini keselamatan sekuriti, maklumat terkini atau promosi tentang Perkhidmatan Kami, apabila diperlukan atau sewajarnya.
  • Untuk mengurus dan membalas permintaan dan pertanyaan Anda: untuk melayani dan mengurus permintaan Anda yang dikemukakan kepada Kami dan membalas pertanyaan Anda.
  • Untuk memenuhi keperluan undang-undang atau peraturan, termasuk untuk menjawab permintaan dari pihak.
  • Untuk menguatkuasakan dasar-dasar Kami atau untuk melindungi hak, privasi, keselamatan atau harta benda Kami, dan/ atau hak milik Anda atau orang lain, di mana Kami percaya perlu atau sesuai.
  • Untuk tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan perkara-perkara di atas.
Pendedahan Data Peribadi Anda

Kami mungkin akan menzahirkan maklumat peribadi Anda kepada pihak-pihak berikut dan Kami akan mematuhi segala undang-undang, peraturan dan standard-standard industri yang berkenaan:

  • Pembekal Perkhidmatan: Kami mungkin akan berkongsi maklumat peribadi Anda dengan Pembekal Perkhidmatan untuk memudahkan Perkhidmatan, untuk menyediakan Perkhidmatan bagi pihak Syarikat Kami, untuk memberi perkhidmatan berhubungan dengan Perkhidmatan, untuk mempromosikan atau mengiklankan Perkhidmatan Kami atau untuk memantau dan menganalisis penggunaan Perkhidmatan Kami dan/atau untuk menghubungi Anda.
  • Affiliates Kami: Kami mungkin berkongsi maklumat Anda dengan Affiliates Kami di mana Kami akan meminta Affiliates tersebut mematuhi Dasar Privasi ini. Affiliates termasuk syarikat induk Kami dan anak syarikat lain, rakan usaha sama atau syarikat lain di bawah kawalan Kami atau di bawah kawalan Bersama dengan Kami.
  • Rakan niaga Kami: Kami mungkin berkongsi maklumat Anda dengan rakan niaga Kami untuk menawar kepada Anda produk, perkhidmatan atau promosi tertentu.
  • Badan berkanun, badan pengawalselia dan pihak berkuasa kerajaan: Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi Anda dengan badan berkanun, badan pengawalselia atau pihak berkuasa kerajaan apabila diperlukan oleh undang-undang atau perintah mahkamah. Dalam keadaan tertentu, Kami perlu mendedahkan Maklumat Peribadi Anda untuk memenuhi keperluan undang-undang atau atas permintaan pihak berkuasa awam (contohnya mahkamah atau agensi kerajaan). Kami mungkin mendedahkan Maklumat Peribadi Anda apabila diperlukan untuk memenuhi kewajipan undang-undang, bagi perlindungan hak-hak atau harta Syarikat kami, bagi pencegahan atau penyiasatan kesalahan berkaitan dengan Perkhidmatan yang mungkin berlaku, bagi perlindungan keselamatan peribadi pengguna Perkhidmatan atau orang awam dan bagi perlindungan Syarikat Kami daripada sebarang liabiliti.
  • Pihak-pihak lain dengan persetujuan Anda.
Pengekalan Data Peribadi Anda

Kami akan menyimpan dan mengekal Data Peribadi Anda untuk tempoh masa yang diperlukan sahaja bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Kami akan menyimpan dan menggunakan Data Peribadi Anda sejauh mana yang diperlukan untuk memenuhi kewajipan undang-undang, menyelesaikan pertikaian, dan menguatkuasakan perjanjian dan dasar Kami.

Kami akan menyimpan Data Penggunaan bagi tujuan analisis dalaman. Secara umumnya, Data Penggunaan akan disimpan untuk tempoh masa yang lebih pendek, kecuali dalam keadaan di mana data tersebut diperlukan bagi tujuan mengukuhkan keselamatan atau penambahbaikan fungsi Perkhidmatan Kami, atau di mana Kami mempunyai obligasi di sisi undang-undang untuk menyimpan data tersebut untuk tempoh masa yang lebih panjang.

Pemindahan Data Peribadi Anda

Maklumat Anda, termasuk Data Peribadi, akan diproses di pejabat operasi Syarikat Kami dan di tempat lain di mana pihak yang terlibat dalam pemprosesan tersebut berada. Ini bermaksud bahawa maklumat ini mungkin dipindah ke dan disimpan dalam komputer di luar negeri, wilayah, negara atau bidang kuasa kerajaan lain yang mempunyai undang-undang perlindungan data yang berbeza daripada undang-undang yang ada di tempat kediaman Anda.

Sila ambil perhatian bahawa persetujuan Anda kepada Dasar Privasi ini diikuti dengan pembekalan maklumat oleh Anda menunjukkan persetujuan Anda kepada pemindahan tersebut.

Keselamatan Data Peribadi Anda

Kami akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindungi data Anda dan memastikan penggunaan data Anda mengikut Dasar Privasi ini serta memastikan Data Peribadi Anda tidak akan dipindahkan kepada sesuatu organisasi atau negara melainkan tempat tersebut mempunyai kawalan yang mencukupi untuk melindungi keselamatan data Anda dan maklumat peribadi yang lain.

Keselamatan Data Peribadi Anda adalah mustahak kepada Kami, tetapi Kami ingin mengingatkan Anda bahawa tiada satu kaedah pemindahan, atau kaedah penyimpanan adalah 100% selamat. Walaupun Kami berusaha untuk melindungi Maklumat Peribadi Anda dengan pelbagai cara yang diterima secara komersial, Kami tidak dapat menjamin bahawa keselamatannya adalah mutlak.

Maklumat Terperinci mengenai Pemprosesan Data Peribadi Anda

Pembekal Perkhidmatan mempunyai akses kepada Maklumat Peribadi Anda untuk menjalankan tugas mereka bagi pihak Syarikat Kami sahaja dan mereka tidak boleh mendedahkan atau menggunakan data tersebut bagi tujuan lain.

Analitis

Kami mungkin menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk memantau dan menganalisis penggunaan Laman Web Kami, ini termasuk tetapi tidak terhad kepada:

Google Analytics

Google Analytics adalah satu perkhidmatan analitis web yang ditawarkan oleh Google yang menjejak dan melaporkan lalu lintas laman web. Google menggunakan data yang dikumpul untuk mengesan dan memantau penggunaan Perkhidmatan Kami. Data ini akan dikongsi bersama perkhidmatan Google yang lain. Google juga mungkin menggunakan data yang dikumpul tersebut untuk mengkontekskan dan memperibadikan pengiklanannya.

Anda boleh mengelakkan aktiviti penggunaan Perkhidmatan Anda daripada analisa Google Analytics dengan memasang Google Analytics opt-out browser add-on. Add-on tersebut mengelakkan Google Analytics JavaScript (ga.js, analytics.js and dc.js) daripada berkongsi maklumat dengan Google Analytics mengenai aktiviti layaran Anda.

Untuk maklumat yang lanjut mengenai amalan-amalan privasi Google, sila layari laman web Google Privacy & Terms: https://policies.google.com/privacy

Permintaan Mengakses Data dan Pertanyaan

Syarikat Kami berjanji untuk menghormati kerahsiaan Data Peribadi Anda dan hak-hak Anda di bawah PDPA.

Anda boleh, antara lain, pada bila-bila masa selepas ini:

  • Membuat permintaan untuk mengakses Data Peribadi Anda. Anda mempunyai hak untuk mengakses, mengemas kini atau memadamkan maklumat Anda. Melalui permintaan secara bertulis, Anda akan diberi akses kepada semua Data Peribadi yang dipegang, disimpan atau diproses oleh Kami. Untuk pengelakan keraguan, bagi tujuan peruntukan ini, perkataan “akses” bermaksud pemberitahuan kepada Anda Data Peribadi Anda yang diproses oleh Kami atau diproseskan bagi pihak Kami dan penyampaian suatu salinan Data Peribadi tersebut kepada Anda dalam bentuk pilihan Kami yang dapat difahami.
  • Membuat permintaan untuk membetulkan Data Peribadi Anda yang dipegang oleh Kami. Anda berhak untuk membetulkan Data Peribadi Anda yang tidak lengkap atau tidak tepat.
  • Mengehadkan pemprosesan Data Peribadi Anda. Anda berhak untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi Anda sejauh mana yang dibenarkan. Anda juga berhak untuk membantah pemprosesan Data Peribadi Anda sekiranya pemprosesan tersebut adalah untuk tujuan pemasaran secara langsung.
  • Menarik balik persetujuan. Anda berhak untuk menarik balik persetujuan Anda bagi pemprosesan dan penggunaan Data Peribadi Anda. Namun begitu, Kami ingin mengingatkan Anda bahawa jika Anda menarik balik persetujuan Anda, Anda mungkin tidak dapat menggunakan sesetengah fungsi spesifik Perkhidmatan dan Kami mungkin tidak dapat berkomunikasi dengan Anda secara berkesan.

Anda boleh menguatkuasakan hak Anda untuk mengakses data, membetulkan data, mengehadkan pemprosesan data dan menarik balik persetujuan Anda dengan menghubungi Kami. Kami mungkin akan meminta Anda untuk mengesahkan identiti Anda sebelum membalaskan permintaan tersebut. Sekiranya Anda membuat sesuatu permintaan, Kami akan berusaha untuk membalas kepada permintaan Anda secepat mungkin. Namun begitu, Kami berhak untuk menolak permintaan untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi Anda sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang berkenaan.

Data Peribadi yang Diberi oleh Anda

Anda mengesahkan bahawa Anda telah mendapatkan kebenaran daripada dan diberikuasa oleh orang yang mana Anda memberikan Data Peribadi mereka kepada Kami untuk tujuan seperti yang dinyatakan di dalam Dasar Privasi ini dan didedahkan kepada pihak-pihak yang dinyatakan di dalam Dasar Privasi ini. Anda bertanggungjawab untuk memberikan kepada Kami Data Peribadi yang tepat, lengkap dan terkini berkenaan Data Peribadi Anda dan/atau Data Peribadi orang lain yang Anda kemukakan kepada Kami. Oleh itu, apabila Data Peribadi tersebut menjadi tidak tepat, tidak lengkap atau tidak kemaskini, Anda perlu membetulkan atau mengemaskinikan Data Peribadi tersebut dengan menghubungi Kami atau mengemukakan Data Peribadi terkini kepada Kami secara bertulis.

Pautan ke Laman Web Lain

Perkhidmatan Kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang bukan dikendalikan oleh Kami. Apabila Anda tekan pada suatu pautan pihak ketiga, Anda akan diarahkan ke laman web pihak ketiga tersebut. Kami menasihati Anda untuk membaca dasar privasi setiap laman web yang Anda layari. Sila ingat bahawa Kami tidak mempunyai kawalan dan tidak bertanggungjawab atas sebarang kandungan, dasar privasi atau amalan laman web atau perkhidmatan pihak ketiga tersebut.

Penerimaan Dasar Privasi ini

Anda telah dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Kami hanya akan diberikan kepada Anda setelah Anda menerima dan memberi persetujuan Anda kepada terma dasar privasi ini, di mana penggunaan Perkhidmatan Kami adalah bukti bahawa Anda telah menerima dan bersetuju dengan dasar ini.

Dengan penerimaan dasar ini, Anda bersetuju atas pemprosesan Data Peribadi Anda oleh Kami atau mana-mana ejen, pekerja, rakan kongsi dan/atau kontraktor Kami bagi tujuan yang dinyatakan. Anda bersetuju dan menerima bahawa apabila Anda mendaftar dan/atau menggunakan Perkhidmatan Kami secara berterusan, Anda memberi kebenaran dan persetujuan kepada pemprosesan Data Peribadi Anda oleh, dan pendedahan kepada pihak ketiga seperti yang dikenalpastikan, oleh Kami, untuk memberi Perkhidmatan kepada Anda atau untuk tujuan lain yang dibenarkan oleh Anda. Untuk pengelakkan keraguan, Anda juga dengan jelasnya bersetuju kepada pemprosesan data peribadi sensitif Anda yang relevan oleh Kami.

Sila ambil perhatian bahawa pembekalan maklumat peribadi Anda kepada Kami adalah secara sukarela. Namun begitu, pembekalan maklumat yang terhad boleh mengakibatkan Perkhidmatan atau sesetengah Perkhidmatan tidak dapat digunakan oleh Anda dan Kami mungkin tidak dapat berkomunikasi dengan Anda secara berkesan.

Perubahan Dasar Privasi ini

Kami akan mengemaskini Dasar Privasi Kami dari semasa ke semasa dan memaparkan Dasar Privasi yang baharu di halaman ini serta mengemaskini tarikh “Kemaskini terakhir” di bahagian atas Dasar Privasi ini.

Anda dinasihatkan untuk membaca Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa untuk mengenalpasti sebarang perubahan. Sebarang perubahan Dasar Privasi ini akan mengambil kesan pada tarikh perubahan tersebut dipaparkan di halaman ini.

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini, Anda boleh menghubungi Kami melalui Laman Web Kami: www.brightnexus.com/contact-us